Thursday, July 2, 2009

Konflik Diri Dalam Mimpi?

Bismillahirrahmanirrahim..

Dia bangun terpisat-pisat pagi itu. Termenung setagal. Matanya terkebil-kebil sambil mengingat kembali mimpi yang bertandang sebentar tadi. Layar fikiran mula mengimbas imej-imej masa lampau satu persatu yang sepatutnya sudah jauh tenggelam di lubuk memori.

Menakutkan.

"The Scream" by Edvard Munch

Bukan. Mimpi itu bukan hasil kerja syaitan terkutuk. Bukan juga mimpi kurniaan Ilahi yang memberi petunjuk. Ia lebih kepada mainan tidur sebenarnya. Tapi sungguh, mainan tidur yang bertandang tiga hari secara maraton ini sungguh merunsingkan fikiran.

Masakan tidak, setiap episod punya corak yang sama. Corak samar-samar yang mungkin mengesahkan satu teori mimpi bahawa 'mimpi merupakan terjemahan konflik yang berlaku pada diri' (Squier & Domhoff, 1998).

Entah. Serabut kepala memikirkannya.

"Agak-agak, kalau seni kata putus dipraktikkan awal dulu, adakah mimpi itu akan muncul juga?"

Bingung bercampur risau. Padahal, dia sudah belajar falsafah silat yang satu itu.

Penumbuk yang datang menyerang itu ibarat masalah, jika kita mengelak, maka penumbuk seterusnya akan terus dan terus menyerang. Penyelesaiannya adalah dengan menepis penumbuk itu lalu mengunci pergerakan lawan. Dengan itu, masalah akan selesai. Tiada lagi penumbuk yang datang menyerang.

Berlatih sudah lebam-lebam, tapi falsafah masih tertinggal di belakang, diabaikan. Sepatutnya ilmu persilatan itu mengajar keberanian menghadapi musuh, bukan saja musuh yang tampak tapi juga yang abstrak. Tapi dia.. masih seperti pengecut. Masih mengelak-elak masalah yang datang bertandang.

Mudah-mudahan, jika 'penumbuk' itu datang menyerang sekali lagi di dunia nyata, dia sudah bersedia dengan 'buah-buah silat' yang dipelajarinya.





p.s: entry pendek setelah diugut oleh 'jabatan pengupdatean blog'. risau jugak blog ni kena bom =)

10 komentar:

Anonymous said...

slm.nie nye post.banyak xphm.. syok sendiri eh...hoho..xpe2..kasi penumbuk aja kalo ia muncul dlm realitimu okeh! waras2..

Junaid al-Malizi on 7/4/09 1:27 AM said...

wassalam,

maraton mimpi dah masuk hari keempat, mungkin mlm ni masuk hari kelima. nmpknya watak2 antagonis yg bertopengkan protagonis sudah byk yg muncul.


kalau xphm, alhamdulillah.. entry ni mmg nk lepaskan keserabutan fikiran je..

kero on 7/7/09 8:14 PM said...

assalamualaikum

cume nk berkate:
whoa! the scream!!! belajar this painting time ambik ART105 dulu. heeee

Junaid al-Malizi on 7/7/09 10:43 PM said...

wassalam warahmatullah,

painting ni cilok kt blog org lain je, ape maksud tersirat drpd painting ni ye cik kero?

IwaN on 7/8/09 8:42 PM said...

maksudnye adelah...

menjerit..

tu pun x taw?

-komen ni pon melepaskan serabut di fikiran

Junaid al-Malizi on 7/8/09 9:35 PM said...

malangnya individu yg tak berjantina dalam 'The Scream' tu bukan menjerit.

aku da buat research dowh psl painting ni.. nk menipu plak..

my heart~.. on 8/2/09 1:54 AM said...

salam,

cmner ngn konflik diri dlm mimpi yg berulang2 tuh? dah setel ka?

Junaid al-Malizi on 8/2/09 2:03 AM said...

salam,

alhamdulillah, dah selesai (agaknye).

mungkin terlalu byk fikir psl masa silam..

my heart~.. on 8/2/09 2:26 AM said...

oo..yang da lps tu lepas lah.. usah dipikirin lagik..hidup xselalunya indah..tp, yg indah itu selalu hidup dlm kenangan... (=

amek yg jernih, buang yg keruh.

btw, all da best dkt tmpt study baru nnt..jge kesihatan+iman baek2!! smoha berjaya dunia akhirat..insya ALLAH..

Junaid al-Malizi on 8/2/09 5:21 PM said...

amiin..

 

Kembara Hamba Copyright © 2008 Black Brown Pop Template designed by Ipiet's Blogger Template